Wednesday 21 December 2011

tuhan dunia

di mana ada nya cita cita,di situ terselit nya impian,
wujud nya angan angan.

dalam megejar tahkta kita sering buta.
sehingga kita terlupa siapa kita.
ini seakan perkara biasa.
sehingga malam menjadi siang dan siang menjadi malam.
kita sering mengejar kuasa cita cita dan takhta.
tidak kira apa cara yang d gunakan,usaha terus d teruskan.
sehingga nyawa lebih murah dan tiada lagi berharga.

zaman peluru,kita berada d zaman peluru..
maaf kan aku hang jebat,tp zaman mu telah berakhir.
zaman kerismu telah hilang
kini kuasa tidak lagi menduduki tahkta.
kuasa bukan lagi tuhan dunia..
wang.ringgit malaysia.
wang menduduki tahkta,
wang bukan segala gala nya,tetapi segala galanya memerlukan wang
ya.wang segala gala nya.
dengan wang,kuasa tidak lagi berkuasa,
dengan wang maruah tidak lagi bermaruah,
semua nya wang.
wang menduduki tahkta...wang tuhan dunia..
dengan wang,kuasa mampu dibeli,korupsi...
 dengan wang,maruah tergadai..

mengapa??mengapa mesti wang??
kota raya yang kian membangun,maratabat wang turut membangun..
mata hati tidak lagi mampu melihat..
wang mampu membeli nyawa..
wang segala galanya...halal dan haram dilupakan.
asal kan ia bernilai,ia akan tetap d kaut.
wang kau menduduki takhta.
dulu,dengan kuasa kita raja...maaf kan aku hang tuah,zaman mu telah berakhir.
dengan wang,segalanya gala nya mudah..
kuasa mampu dibeli dengan wang,
sekuat mana kuasa,tetap akan tunduk dengan wang..
dengan wang,kita dipandang mulia..
dengan wang kita berada di atas..
dengan wang kitalah raja..
segala permintaan akan termakbul..
halal dan haram tidak lagi bermakna..asal kan ia bernilai....
segala semua perkara tidak bermakna..

lihat mereka..
bekerja demi wang.
merompak demi wang.
bergaduh kerana wang.
mati kerana wang..
semua nya demi wang~
sehingga tidak dsedari,maut datang menerpa..
sehingga bayang memakan diri..

wang...kau tuhan dunia~
segala apa yang ku buat,segala apa yang aku lakukan segalanya untuk mu yang tidak pernah cukup~


Monday 19 December 2011

perjalanan

malam ni drive moto dalam hujan,slow je drive..
menikmati suasana hujan,jam dah pukul 4 pagi.
soo atas higway mana ada kereta dah,yang ada just pokok2 tepi highway,lampu jalan,
masa drive ni leka sangat,tengok jalan lurus je,jauh lagi na sampai umah..
penuh dengan lubang lubang,kalau terlanggar lubang tu memang tersungkur lah jawab nye

masa ni terbayang,jauh nya jalan yang perlu aku tempuh untuk hidup.
penuh dengan bahaya,kalau tersungkur memang takde orng nak angkat..
entah kenapa,aku senyum sorang2 ats moto tadi..
aku terfikir,sepanjang 18 tahun aku hidup ni,dah brape kali aku terjatuh,yes tak terkira~
aku terfikir dah berapa jauh aku berjalan,dan masih berjuta batu perlu aku berjalan...
macam jalan ni gak laaaa,aku tengok belkang,yes memang dah jauh aku jalan,bile tengok depan gila jauh lagi na sampai~

aku terfikir,sempat tak aku capai apa yang aku na sebelum aku rebah atas jalan ni?
aish..
ta dapat d ramal...takdir ALLAH kita tak tahu..
aku tengok kat lampu jalan yang tinggi tu,nampak bertitik air hujan jatuh,cantik je nampak..

aku berdoa,semoga ALLAH memperkenan kan hajat aku sebelum aku terpejam.
moga aku sempat merasa segala semua mende dan perkara yang aku hajatkan.
semoga aku sempat habis kan semua perkara yang dah aku mulakan~
Ya ALLAH,
terlampau banyak perkara yang masih belum selesai dalam hidup aku ya ALLAH..
masih banyak  beban yang perlu aku lontar kan..
aku tak mahu mata aku terpejam dengan segala beban ini,
berikan aku ketenagan.
tunjuk kan aku cara bagaimana untuk menyelesai kan semua konflik duniawi ni..
sesungguh nya kau maha memahami,sesungguh nya kau maha mengetahui..
tolong lah aku ya ALLAH.
aku bertawakal pada mu,segala keringat telah aku curah kan ..
 berkati lah segala apa yang telah aku lakukan..
aku lemah ya ALLAH.
dugaan mu terus datang bertubi2~
aku tidak mampu menangani semua ini ya ALLAH.
terlampau besar kah dosa lampau ku sehingga aku d duga begini~
tolang lah aku ya ALLAH.
moga pabila aku bangkit esok hari,aku akan mampu tersenyum~
aku berharap.
aku berharap ya ALLAH..

Friday 16 December 2011

pangkat nama dan harta

mengejar pangkat nama dan harta bagai memancing d senja kala~
tidak pernah cukup dan puas~
terus memancing dan terus memancing..
sehingga matahari kian jatuh dan bulan mula mngibar kan sayap mlam nya~
ikan dpancing tidak lagi berguna..~
sehingga maut datng menerpa,
pangkat nama dan harta,...
tidak punya erti dan makna~

Wednesday 14 December 2011

kita sering mengimbau kenangan silam,tapi lupa untuk mengejar masa hadapan~




jam tidak akan berhenti berdetik
masa tidak dapat di undurkan
tinggal kan segala semua cerita yang sudah rapuh dan usang itu
kita tidak hidup hanya untuk masa silam itu
kejar lah apa yang d depan mu
kejar lah masa depan mu
berjuanglah untuk hari ini
pilihan yang d ambil hari ini menentukan siapa kita esok
kejar lah apa yang ada d depan mu
tetapi jangan d lupakan segala semua cerita2 lampau
kerana tanpa semalam tiadalah hari ini.
jadikanlah segala kesakitan sebagai panduan untuk mengecapi kekuatan
jadikanlah segala kepahitan sebagai panduan untuk memperoleh kemanisan
jadikanlah segala kekeruhan sebagai panduan untuk mengapai kejernihan
berganjak lah dari masa silam mu
hadir lah untuk hari ini dan kejar lah masa hadapan mu
moga kau berjaya kelak


dedicated to myself


Saturday 10 December 2011

satu sms menghancur kan semua nya`

"bila kamu membaca msej ni,mesti kamu tertanya-tanya siapakah saya kan..
maaf menganggu kamu,kamu mesti kenal dengan bla bla bla bla bla bla kan?
saya ayah pada nya,saya tidak suka kamu berkawan dengan anak perempuan saya kerana kamu tidak layak dan tidak akn pernah layak,bila kamu membuka dan membaca msej ini,saya berharap kamu tidak memunyai sebarang hubungan dengan anak saya dalam apa bentuk sekali pun,tentang kesalahan kamu berkwan dengan nya tanpa kebenaran saya,saya maaf kan..ttpi slpas ini jika kamu masih mempunyai apa2 hbungan  dengan nya saya tidak akan bertolak ansur lagi..saya harap kamu faham,kamu tidak layak dan tidak akan pernah layak"


tidak layak dan tidak akan pernah layak~
trima kasih pakcik~
When you feel you're alone
cut off from this cruel world
your instincts telling you to run
listen to your heart

When life leaves us blind
Love keeps us kind.
god show me your love~
 

Monday 5 December 2011

bayu yang bertiup sejuk nya sampai ke tulang
tapi..tidak sesejuk mata yang memandang
kau d hadapan ku
masa seakan bergerak perlahan
segala semua suara,tidak kedegaran.
hanya kau yang aku tumpukan
bayu malam yang bertiup,mehanyut kan aku.
rambut mu yang keperangan bersinar indah.
kau tersenyum.
senyuman yang sudah lama tidak ku saksikan.
bayu malam,menerbang kan beberapa helai rambut mu yang berbau harum..
kau kelihatan cantik..
cukup cantik untuk membuat ku tersenyum
cukup cantik untuk menduduki hati ku
bayu malam,aku tidak berhenti tersenyum..
bayu malam..
hadir lah kau mnyinari hari2 nya yang mendatang..
bayu malam.
temani lah die d  setiap malam nya..
bayu malam..
terima kasih untuk kenangan.

Sunday 13 November 2011

berjuang berseorangan akan rebah??

aritu.. 
ada la terbaca status sorang insan ni..
"berjuang bersorangan akan rebah".
but,wht kind of fight kan??
yang dimaksud kan insan tu,berjuang untuk hidup..
i guest la,not so sure =,=.
apa yang cuba di sampai kan oleh insan tu..
untuk hidup kita kene ada teman..
ta kira la gf ke kawan ke or sape sape..
jnji teman..
mula mula dulu..atuk pun rasa macam tu..
tanpa teman,mustahil untuk kita berjalan..
kita perlukan teman untuk mengangkat kita bila kita jatuh..

tapi atuk terfikir..
teman,akan kekal selamanya dengan kita ke??
now,i got the answer..
teman ta akan selamanya bersama..
satu hari nanti kita akan berseorangan jugak..
sampai bila kita na berteman kan??
sampai bila kita nak bergantung pada teman kan??
memang la bila ada teman,mudah untuk kita berjalan..
tapi persoalan nye..sampai bila??
teman ta akan kekal bersama kita..
percaya laa,nanti,kita akan merasa berjuang bersorangan..
memang susah untuk berjuang sorang sorang..
tak ada orang mintak pun untuk bersorangan kan..
tapi..ALLAH tu maha adil..semua akan merasa..
bila bersorangan baru kita akan rasa betapa perit nye untuk berjuang..
memang kita akan rebah,alawh..sedang kan yang berteman pun akan rebah,apatah lagi yang tak berteman kan??
itu perkara biasa,setiap orang akan merasa "rebah".
bukan selamanya kita kat atas kan??
atuk akui laa,bila berjuang bersorangan ,kita kan mudah untuk rebah..
dan sangat susah untuk kita bangkit semula..
tapi ingat ni"tiada apa yang mustahil"..
asal kan kita yakin,insyallah kita boleh..
hmm.
bila kita berteman,kita akan rasa megah gila..
tapi..
pernah tak korang rasa bersorangan??
ahahahaha..
memang agak jangal bila bersorangan..
terasa susah gila untuk berjuang..
seakan kaki ni takut untuk melangkah..
memang tak ada yang mintak untuk bersorangan..
tapi ini hakikat..nanti mesti kita akan merasa jugak betapa susah untuk berjuang bersorangan..
biasa la kan,hidup ni tak ada yang senang..dan tak ada yang susah..

tapi,..
selalu nya mereka yang bersorangan ni..
selalu merungut..
"hidup rasa tak bermakna"
"lebih baik mati dari hidup"..
ayat biasa dorang guna.ahahah..
memang susah untuk d tempuh dugaan yang datang bila bersorangan..
tapi..tahu tak yang ALLAH tu tak akan duga insan nya melebihi kemampuan hambanya tu??
ALLAH tahu keadaan kita yang sebenar..
korang yang bersorangan tu,,jangan lah merungut..
kalau korang merungut pun,bukan dapat pape pun kan..
biasa nya bila bersorangan ni rasa sunyi kan??
jangan rasa mcm tu,sebab...anda ada diri anda sendiri..
:)
bila bersorangan,memang susah sangat na tempuh hdup ni..
terasa dugaan yang datang tu terus datang bertubi2 kan??
tak ada tempat untuk mengadu,tak ada orang yang ingin membantu..
susah sangat kan??
ye memang susah..
tapi ingat "tiada apa yang mustahil"..
yakin lah..yang anda mampu berjuang bersorangan..
tanpa keyakinan,kepercayaan tak akan datang,tanpa kedua duanya,kekuatan tak akan datang..
dan tanpa kekuatan,,susah sangat untuk berjuang..
soooo,,yakin dan percaya lah pada diri sendiri..:)
anda mampu melakukan nya..

dan pada yang suka merungut tu..
henti kan lah,anda patut bersyukur dengan setiap dugaan yang datang..
gila lah!!  wat apa nak bersyukur dengan dugaan yang datang tu?!!
ahahahha..
yes bersyukur lah..
kerana!
ALLAH menduga kita dengan sebab..
antara sebab nya,ALLAH na dekat kan kita dengan NYA..
sebab,bila kita susah,kita akan mudah meminta pada NYA..
cuba tengok bila kita senang??
kita selalu lupa pada NYA kan??
bila kita susah,bila kita dah tak ada teman,baru kita ingat pada ALLAH..
ini apa yang atuk belajar dari sorang akak ni..
"berbahagia lahh saat Allah menguji diri mu dgn kesusahan ,
daripada Allah menguji mu dgn kesenangan ..
kerana pabila saat sukar , 
kamu akan lebih meminta minta kepadaNya""
  
dan..walau apa dugaan yang datang,
jangan cepat melatah..
tempuhi dengan senyuman..
walau pun perit..katakan pada diri sendiri,
"ye aku yakin aku boleh dan mampu!!"
 
 
:))

Tuesday 8 November 2011

this is how i feel

Have you ever loved someone to much,  and give ur arm for?


 When they know they're your heart
And you know you were their armour
And you will destroy anythng tht would try to harm her
 but hve u did  knows how its feel when karma turn around and kick u??
What happens when you become the main source of her pain?
oppressed.
yes  oppressed.
and now i know u are gonna blame me for all of this thing..
yes i admit it..
this is all my fault..
and you gonna taik to your friend tht i have mooks ur heart..
and your friend gonna "bang" me...
honestly i will say,i love u..but when this karma turn back around..
its gonna make all thing hurly-burly..
yeah now we fall apart..
i know u are sick now!!
i try to treat ur wound..
but i cant..
i know ur down now..
i know u are missing me right know..
and ur friend always let me know ur conditions ..

but..dont ever u think that u are the only one who feel that..
this is how i fell now..
in every step i walking,my foot feel so cold like ice..
my foot are strain right now..
walks down this road alone..
,a million kg of load are crash into my head..
collapse and there is no way i can stand again..
i looks for the sun but its raining today..
i really wanna show u,
i really wanna hold u till i cant hold u,
i really wanna know u like no one else can know u.
i keep having u in my dream,u are crying ..
 i can see u sad even u smile even u laugh,
  and now this awry are keep haunting me in my dream..
my haed are down now..cant keep my head up high in the sky..
cant keep my eyes of u..i cant see u,i cant see u are crying..im so awry..

u can see me happy but u cant see me crying..wthout u..its seem so strnge..
wthout u,evrday seem cloudy..evry night seem so dim....
but i cant go back and find u..i would not poke ur heart once again..
baby just move on..u have to belive in urself.u can do it baby....
u are gonna not died wthout me..belive me..u can do it baby..
u gonna have to swing by urself..
im looking down on ur smilin.
and i cant feel the thing so baby dont feel the pain just smile back..
u have to find ur stength and keeping moving on...
dont sit on the past..just keeping moving on ..
im sorry..im gonna not turning back for u ..
but u have to know..im still loving u

Thursday 3 November 2011

masa yang paling gemilang

dah lama atuk tak keluar rumah.
asyik terperuk je dalam rumah..
petang semalam,atuk jalan jalan kat area rumah..
atuk lepak kat padang umah atuk.
tengok budak budak kecik maen bola..

atuk tersenyum melihat gelagat diorang..
kotor baju dorang maen bola dalam lumpur..
:) ..
atuk teringat.masa kecik dulu,kalau balik dengan keadaan kotor macam tu..
mesti kene rotan ngan parents..
atuk mesti menangis..ahahahaha..
menangis sebab sakit,takut..
tapi,
ketakutan dan kesakitan tu akan hilang bila esok menjelma.
bila esok muncul,seakan tiada apa yang berlaku pada hari semalam..
segala kesakitan dan ketakutan akan hilang..

tapi bila meningkat dewasa....
semua nya berubah,..
setiap kesakitan dan ketakutan semalam masih menghantui..
alangkah indah nya kalau segala kesakitan hari ini mudah d lupa kan macam masa kecik dulu..
:)
kalau lah boleh d undur kan masa,atuk na jadi kecik untuk selamanya..
nak happy sentiasa,,
tanak tahu dan faham erti kesakitan..
masa kecik.masa yang sangat gemilang..
 kalau di beri peluang..
atuk na sangat rasa jadi kecik balik..
nak sangat rasa kegembiraan yang dh lama atuk tak rasa..


kesakitan semalam masih menghantui ..
selama nya akan tetap menghantui..
i miss my childhood

ibarat kehelai kertas kosong

sekarang semakin jelas.
makin jelas!!
jelas dan makin jelas!!

aku sayang kau..
kau lah awek aku,kau lah abang aku.
kau bagi aku smngat.
kau idola aku!
tapi tu dulu.
skrang rasa syg aku brtukar mnjadi benci!!
kau berubah dengan mendadak!!
"berjuang seorang diri akan rebah"
ye mmg akan rebah..
habis kau ingat aku nak berjuang seorang diri?!!!
kau yang buat aku berjuang sorang diri!
tanpa kau sedar!  kau memencil kan aku!
aku tahu kau akan cakap.
"aku yang memencilkan diri "
setiap kali kau ajak aku tengok wayang ,
aku menolak..
tp kenapa??  tahu ke ape sbb aku menolak??
yang kau tahu,meletak kan semua salah pada aku..
aku ta berniat na salah kan kau.
tapi bukak mata kau.
aku tolak sebab,aku tahu,bila kita ngan kawan2 kau tu,
aku akan disingkir kan!!
kau akan bersama kawan2 kau tu!!
seakan2 aku ta wujud..
sumpah aku cakap,kau sahabat terbaik pernah aku ada!
aku tak pernah mnangis sebab kawan.
nak2 lelaki!
tapi bila dengan kau,aku mnitis kan air mata.
kau sangat melindungi aku..
selalu bertanya tentang masalah aku.
keluarga kau dah macam keluarga aku.
setiap kali aku sakit kau turut serta merasakannya..
kau siap pernah sound awek aku lagi kan..
sebab kau sngat melindungi aku.
tapi..masa berlalu.
 meninggal kan semua nye ke belakang

dulu..time kita lepak,tu la masa paling berharga bagi aku!
bertukar pendapat,saling nasihat menasihati.
belajar menghayati hidup..
tapi sekarang??
aku kau buang..
aku harap nanti bila kau baca ni..
kau jangan cari aku lagi dah.
sebab hati ni dah tawar..
aku ta mngharap balasan.
sekarang kau cari aku bila kau rasa na cari kan??
macam aku ni sampah..
bila tana guna kau buang aku
ye aku sayang kau sangat sangat..
tapi sekarang,
maafkan aku kawan..
terima kasih.
seribu satu kenangan

aku ibarat sehelai kertas pada kau..
bila kau bosan kau akan conteng aku..
bila dah abes conteng,,
aku kau buang..
sekarang bergembira lah dengan kertas baru kau tu..

Wednesday 2 November 2011

cinta?? pasti!



ASSALAMUALAIKUM

ramai yang risau dengan ketiadaan cinta kan??
ramai yang risau dengan ketiadaan cinta di sisi mereka kan??
ramai yang sibuk mencari cinta mereka kan?? 
aahhahahahha
ramai gak orang cakap mereka yang tergolong dalam mencari cinta ni agak poyo dan bodoh..
tapi bagi atuk..
dorang ta bodoh ..tapi dorang berani.
berani?ye mereka berani..
cinta itu memang indah..
but!!  tersilap langkah cinta boleh memakan diri..
soooo..mereka memang berani untuk mencuba..
besides,setiap manusia ada perasaan ini.
rasa untuk menyayangi dan disayangi..

ada  jugak yang cakap,let love come to us natrually..
haish!!...tanpa usaha,sesuatu benda tu ta tidak akan datang ..
let love comes naturally? atuk ta stuju..but let the feel comes naturally..
pada korang yang tengah sibuk mencari cinta dunia korang tu..
teruskan mencari,but hati hati..
cinta tu boleh membutakan mata kita..
sooo,watch ur step ok :)
and yakin lah..
cinta yang korang cari cari tu pasti akan muncul  ..
yes!  pasti akan muncul...
tapi ingat,jangan terlampau taksub dan obses dangan bercinta...
but berikan komitmen 100% bila bercinta!!
cinta atuk??  wahahahahhaa..belum jumpa :)
selamat mencari :)

sakit dalam siapa yang tahu

mereka tidak mengerti..
mereka tidak memahami..
walau mereka mencuba untuk memahami..
mereka tidak tahu..
mereka hanya buat buat tahu..
meski ada insan yang cuba untuk mengetahui..
akan tetapi..
mereka tidak akan bisa memahami dan merasa..
merasa betapa perit..
betapa sakit..
betapa terluka nya hati ini..
mungkin mereka pernah berada di dalam situasi yang sama..
tetapi,kesakitan nya tetap berbeza..
hanya hati dan jiwa ini bisa mengerti..
hanya ALLAH yang bisa merasa kan keperitan ini..
sakit dalam..siapa yang tahu..
ada yang berkata,"jangan jadi hypokrit,berpura ketawa walau pun dalaman nya sakit"
aku ter fikir,,
mungkin benar kata mereka..
tiada guna menjadi hypokrit..
tapi..
aku tidak mahu mengheret mereka ke dalam kancah kesakitan ini..
aku tidak mahu mereka turut merasa kesakitan ini..
aku tidak mahu mereka bersimpati kepada aku..
biar lah diri ini menanggung segala kesakitan akibat dosa silam ini..
aku percaya pada karma..
dan sekarang..
                                                          .karma itu datang menghantui aku                                                                                                                                                                                          

Monday 31 October 2011

terima kasih YA ALLAH

kaki..yang selama ini bebas melangkah..
kini semakin lemah..terpaku
tidak mampu lagi untuk melangkah..
tidak mampu lagi berlari mengejar mu..
tangan..yang selama ini gagah mengemgam..
kini..semakin lemah..gengamamam ku semakin terlepas..
tidak mampu lagi mengapai langit..

mata..di pejam rapat..
mata yang selama ini megah menjeling dan memandang..
kini hanya mampu dipejam kan..
tidak sanggup rasa nya untuk melihat ke hadapan..
tidak sanggup melihat mereka ketawa di saat aku rebah..

kepala yang selama ini bebas menoleh..
kepala yang selama ini megah diangkat..
kepala yang selama ini bebas mendongak...
kini hanya mampu d tundukkan..
terasa amat berat untuk d angkat..

segala semua sendi terasa seakan patah dan hancur..
tidak mampu untuk bergerak bebas..
setiap pergerakan di bayar dengan kesakitan..
perit...pedih..
begitu berat dugaan mu ya ALLLAH..
pernah hati terdetik.."adakah ALLAH tidak lagi menyayangi diri ini?? atau ini adalah balasan kepada semua dosa silam ku??""

aku merasa betapa sakit nya ..
bila dipijak dan di campak jauh..
aku merasa betapa susahnya..
untuk bangkit setelah rebah..

ego..
ego yang selama ini menyembunyikan diri ini..
ego yang selama ini ku jadikan benteng untuk berlindung..
kini..telah runtuh...

masa berlalu pergi..
membuat kan aku faham..
ALLAH rebah kan aku..
kerana ke angkuhan sndiri..
kerana kemegahan sendiri..
kerana aku kian hanyut dalam dunia ku sndiri
kerana aku..hanya mencari NYA ketika susah..
aku jauh dari NYA di saat senang..
kerana aku...
tidak pernah bersyukur..

masa yang berlalu pergi..
membuatkan aku faham..
ALLAH rebah kan aku..
untuk menyedar kan aku..
untuk membuka mata ku dan melihat di sekeliling..
masih adakah insan yang sudi membangunkan aku??
untuk menyedar kan bahawa teman tidak akan kekal bersama selamanya..
menyedar kan aku erti kesunyian..
berjuang seorang diri..

masa yang berlalu pergi..
membuat kan aku faham..
ALLAH rebahkan aku..
agar aku sedar,..
sekali di atas,tidak bermakna selama nya di atas..
agar aku sedar,..
sekali di atas,jangan di lupakan mereka yang berada di bawah..
agar aku merasa..
bagaimana berada di bawah dan tidak dihirau kan mereka yang di atas..

 masa berlalu pergi..
membuatk kan aku faham.
ALLAH jatuh kan aku..
supaya aku belajar untuk memperoleh keyakinana.
supaya aku belajar untuk memperoleh kekuatan.
kekuatan untuk terus melangkah..
tanpa keyakinan..kekutan tidak akan datang..
tanpa kekutan..langkah kaki sangat lemah dan longlai..

 
agar aku tahu..hidup tidak selamanya manis..
kepahitan itulah yang menyempurnakan hidup..
agar aku tahu..tiada guna melarikan diri dari segalanya..
tidak kira pa warna yang datang..
tidak kira betapa gelap,hitam dan likat warna itu..
warna warna itulah yang akan menghiasi dan menyempurnai dunia..

aku yakin..pahit..akan manis nanti..
aku yakin..gelap ..akn terang juga nanti..