Monday 19 December 2011

perjalanan

malam ni drive moto dalam hujan,slow je drive..
menikmati suasana hujan,jam dah pukul 4 pagi.
soo atas higway mana ada kereta dah,yang ada just pokok2 tepi highway,lampu jalan,
masa drive ni leka sangat,tengok jalan lurus je,jauh lagi na sampai umah..
penuh dengan lubang lubang,kalau terlanggar lubang tu memang tersungkur lah jawab nye

masa ni terbayang,jauh nya jalan yang perlu aku tempuh untuk hidup.
penuh dengan bahaya,kalau tersungkur memang takde orng nak angkat..
entah kenapa,aku senyum sorang2 ats moto tadi..
aku terfikir,sepanjang 18 tahun aku hidup ni,dah brape kali aku terjatuh,yes tak terkira~
aku terfikir dah berapa jauh aku berjalan,dan masih berjuta batu perlu aku berjalan...
macam jalan ni gak laaaa,aku tengok belkang,yes memang dah jauh aku jalan,bile tengok depan gila jauh lagi na sampai~

aku terfikir,sempat tak aku capai apa yang aku na sebelum aku rebah atas jalan ni?
aish..
ta dapat d ramal...takdir ALLAH kita tak tahu..
aku tengok kat lampu jalan yang tinggi tu,nampak bertitik air hujan jatuh,cantik je nampak..

aku berdoa,semoga ALLAH memperkenan kan hajat aku sebelum aku terpejam.
moga aku sempat merasa segala semua mende dan perkara yang aku hajatkan.
semoga aku sempat habis kan semua perkara yang dah aku mulakan~
Ya ALLAH,
terlampau banyak perkara yang masih belum selesai dalam hidup aku ya ALLAH..
masih banyak  beban yang perlu aku lontar kan..
aku tak mahu mata aku terpejam dengan segala beban ini,
berikan aku ketenagan.
tunjuk kan aku cara bagaimana untuk menyelesai kan semua konflik duniawi ni..
sesungguh nya kau maha memahami,sesungguh nya kau maha mengetahui..
tolong lah aku ya ALLAH.
aku bertawakal pada mu,segala keringat telah aku curah kan ..
 berkati lah segala apa yang telah aku lakukan..
aku lemah ya ALLAH.
dugaan mu terus datang bertubi2~
aku tidak mampu menangani semua ini ya ALLAH.
terlampau besar kah dosa lampau ku sehingga aku d duga begini~
tolang lah aku ya ALLAH.
moga pabila aku bangkit esok hari,aku akan mampu tersenyum~
aku berharap.
aku berharap ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment