Monday 31 October 2011

terima kasih YA ALLAH

kaki..yang selama ini bebas melangkah..
kini semakin lemah..terpaku
tidak mampu lagi untuk melangkah..
tidak mampu lagi berlari mengejar mu..
tangan..yang selama ini gagah mengemgam..
kini..semakin lemah..gengamamam ku semakin terlepas..
tidak mampu lagi mengapai langit..

mata..di pejam rapat..
mata yang selama ini megah menjeling dan memandang..
kini hanya mampu dipejam kan..
tidak sanggup rasa nya untuk melihat ke hadapan..
tidak sanggup melihat mereka ketawa di saat aku rebah..

kepala yang selama ini bebas menoleh..
kepala yang selama ini megah diangkat..
kepala yang selama ini bebas mendongak...
kini hanya mampu d tundukkan..
terasa amat berat untuk d angkat..

segala semua sendi terasa seakan patah dan hancur..
tidak mampu untuk bergerak bebas..
setiap pergerakan di bayar dengan kesakitan..
perit...pedih..
begitu berat dugaan mu ya ALLLAH..
pernah hati terdetik.."adakah ALLAH tidak lagi menyayangi diri ini?? atau ini adalah balasan kepada semua dosa silam ku??""

aku merasa betapa sakit nya ..
bila dipijak dan di campak jauh..
aku merasa betapa susahnya..
untuk bangkit setelah rebah..

ego..
ego yang selama ini menyembunyikan diri ini..
ego yang selama ini ku jadikan benteng untuk berlindung..
kini..telah runtuh...

masa berlalu pergi..
membuat kan aku faham..
ALLAH rebah kan aku..
kerana ke angkuhan sndiri..
kerana kemegahan sendiri..
kerana aku kian hanyut dalam dunia ku sndiri
kerana aku..hanya mencari NYA ketika susah..
aku jauh dari NYA di saat senang..
kerana aku...
tidak pernah bersyukur..

masa yang berlalu pergi..
membuatkan aku faham..
ALLAH rebah kan aku..
untuk menyedar kan aku..
untuk membuka mata ku dan melihat di sekeliling..
masih adakah insan yang sudi membangunkan aku??
untuk menyedar kan bahawa teman tidak akan kekal bersama selamanya..
menyedar kan aku erti kesunyian..
berjuang seorang diri..

masa yang berlalu pergi..
membuat kan aku faham..
ALLAH rebahkan aku..
agar aku sedar,..
sekali di atas,tidak bermakna selama nya di atas..
agar aku sedar,..
sekali di atas,jangan di lupakan mereka yang berada di bawah..
agar aku merasa..
bagaimana berada di bawah dan tidak dihirau kan mereka yang di atas..

 masa berlalu pergi..
membuatk kan aku faham.
ALLAH jatuh kan aku..
supaya aku belajar untuk memperoleh keyakinana.
supaya aku belajar untuk memperoleh kekuatan.
kekuatan untuk terus melangkah..
tanpa keyakinan..kekutan tidak akan datang..
tanpa kekutan..langkah kaki sangat lemah dan longlai..

 
agar aku tahu..hidup tidak selamanya manis..
kepahitan itulah yang menyempurnakan hidup..
agar aku tahu..tiada guna melarikan diri dari segalanya..
tidak kira pa warna yang datang..
tidak kira betapa gelap,hitam dan likat warna itu..
warna warna itulah yang akan menghiasi dan menyempurnai dunia..

aku yakin..pahit..akan manis nanti..
aku yakin..gelap ..akn terang juga nanti..



1 comment: